Halaman 1 Dari 3123

Archive for the ‘khalil gibran’ Category

penyair kesepian ~Kahlil Gibran

Thursday, October 15, 2009 13:54 No Comments

Ada yang nyaman menjadi penyair kesepian di tengah padang ilalang. Karyanya dibaca oleh angin dan diterbangkan kepada hujan.
Ada pula yang menjadi seorang deklamator, di tengah khalayak. Lantang bersuara. Cuma intonasinya, tak selalu lantang isinya.

Sebab kehidupan tidak berjalan mundur, pun tidak tenggelam di masa lampau.
~Kahlil Gibran

This was posted under category: khalil gibran

Bagi Sahabatku Yang Tertindas ~ Khalil Gibran

Saturday, September 19, 2009 17:33 No Comments

Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan, diberi makan pada dada penurunan nilai, yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani, engkau yang memakan roti basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan airmata yang getir.
Wahai askar yang diperintah oleh hukum yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya, anak-anaknya yang masih kecil, [...]

This was posted under category: khalil gibran

Setitis Airmata Dan Seulas Senyuman

Saturday, September 19, 2009 17:31 No Comments

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma [...]

This was posted under category: khalil gibran

Suara Penyair ~ Khalil Gibran

Saturday, September 19, 2009 17:30 No Comments

Berkah amal soleh tumbuh subur dalam ladang hatiku.
Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.
Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya dan kuberikan sarinya pada mereka yang kehausan.
Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu [...]

This was posted under category: khalil gibran

Indahnya Kematian ~ Khalil Gibran

Saturday, September 19, 2009 17:29 1 Comment

Bahagian 1 ~ Panggilan
Biarkan aku terbaring dalam lelapku, kerana jiwa ini telah dirasuki cinta, dan biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang.
Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar.
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini [...]

This was posted under category: khalil gibran
Halaman 1 Dari 3123
Copyright@ penyair.com - penyair@gmail.com